awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas di Pasir Gudang

Bernama
Bernama
10/09/2023
14:23 MYT
Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas di Pasir Gudang
Mohd Yusri berkata kejadian pada jam 5.16 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin. - Gambar hiasan/Pexels
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebuah sungai berdekatan sebuah restoran di Jalan Nilam 1, Taman Cendana, Pasir Gudang, di sini petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Yusri Atan berkata kejadian pada jam 5.16 petang itu, mengorbankan mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Danil Zahri Borhanuddin.
Beliau berkata seramai sembilan anggota dengan dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas mencari dan menyelamat.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan, bagi melakukan aktiviti menangkap ikan dan mandi manda.
"Bagaimanapun, mangsa ditemui pada kedalaman tiga meter dan juga tiga meter daripada tebing sungai itu," katanya pada satu kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian, kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Kanak-kanak
#tebing sungai
#tindakan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan