awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 12 tahun ditemukan lemas di kolam takungan air

Bernama
Bernama
05/05/2025
14:45 MYT
Kanak-kanak 12 tahun ditemukan lemas di kolam takungan air
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berdekatan jejambat di Presint 17 hari ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berdekatan jejambat di Presint 17 di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima makluman awal daripada orang awam mengenai insiden itu pada 5.12 petang.
Beliau berkata kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
"Pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas yang mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
"Bedah siasat akan dijalankan esok pada 8 pagi," katanya ketika dihubungi.
Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu bersama dua lagi rakannya mandi-manda di kolam tersebut.
Beliau berkata satu kertas siasatan berkaitan kematian mengejut telah dibuka susulan insiden itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#kolam takungan air
#Presint 17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan