awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 2 tahun lemas, jatuh laut dari anjung rumah

Radhi Muslim
Radhi Muslim
10/07/2021
11:57 MYT
Kanak-kanak 2 tahun lemas, jatuh laut dari anjung rumah
Pasukan penyelamat Maritim mengaktifkan operasi menyelamat sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6.00 petang, Jumaat.
SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas pada Sabtu, selepas dilaporkan jatuh dari anjung rumahnya di sebuah perkampungan atas air di Pulau Bai, Sandakan.
Mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Mohamad Fairul Iman Fairus itu ditemukan terapung kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dilaporkan jatuh pada pukul 6.30 pagi Sabtu.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, pasukan penyelamat Maritim mengaktifkan operasi menyelamat sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 6.00 petang, Jumaat.
Katanya, petugas pencarian dibahagikan kepada lima sektor meliputi keluasan 27 batu nautika persegi dengan penglibatan lima aset laut daripada pelbagai agensi.
"Bagaimanapun, mayat mangsa ditemui terapung penduduk sekitar sebelum dihantar ke rumah keluarga kanak-kanak itu untuk pengesanan.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pejabat Pos Sandakan bersama bapanya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Sandakan
#Pulau Bai
#Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan