awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 4 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
03:50 MYT
Kanak-kanak 4 tahun maut dilanggar ketika lintas jalan
Polis menerima laporan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis Nissan X-Trail dengan kanak-kanak itu pada pada jam 7.27 malam Ahad. - Gambar/ Sinar Harian
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia empat tahun maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis Nissan X-Trail dengan kanak-kanak itu pada pada jam 7.27 malam.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 5.30 petang, semasa kenderaan itu melalui tempat kejadian, tiba-tiba mangsa telah berlari melintas jalan.
"Pemandu kenderaan itu disyaki tidak sempat menekan brek dan terlanggar mangsa, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu kenderaan terbabit telah ditahan dan diberi jaminan polis selepas selesai siasatan.
"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#kemalangan maut
#warga asing
#Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan