awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2023
07:10 MYT
Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Mangsa dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di hospital. - Foto Sinar Harian
BANTING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat sini pada Sabtu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, selepas menerima panggilan kecemasan, anggota petugas telah tiba di lokasi kejadian jam 11.59 pagi.
Katanya, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut telah dikeluarkan dari kolam oleh orang ramai dan sedang diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa menaiki ambulans.
Jelasnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya.
"Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di dalam kolam sebuah taman tema bersama ahli keluarga.
"Anggaran kedalaman kolam tersebut adalah dua meter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, semasa pihak bomba menguruskan mangsa, kanak-kanak itu masih tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia di hospital. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#Taman Tema
#Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan