Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas menumpang motosikal seorang lelaki berikutan motosikal bapa tirinya pancit di Jambatan Pulau Pinang, di sini semalam, ditemui selamat di Taiping, Perak hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.
"Kami baru terima maklumat yang kanak-kanak itu telah ditemui di Taiping. Anggota polis Taiping bawa kanak-kanak itu ke balai sebelum menghubungi sekolah asrama tahfiz berdasarkan tulisan di baju T kanak-kanak itu," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Beliau berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam perjalanan membawa pulang kanak-kanak berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, bapa tiri Mohammad Muzzafar baru mengambilnya dari sebuah sekolah tahfiz di Seberang Jaya dengan menunggang motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, tiba-tiba tayar belakang motosikal itu pancit.
Bapa tiri kanak-kanak itu kemudian berhenti di tepi jalan jambatan berkenaan dan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang menunggang motosikal jenis Kriss warna hitam kebetulan melalui kawasan tersebut, mempelawa untuk membantu mereka dengan menumpangkan kanak-kanak berkenaan menaiki motosikalnya.
Bapa tiri mangsa membenarkan anak tirinya menumpang lelaki itu sambil dia mengekori mereka dari belakang dan sehingga tiba di simpang masuk Jalan Haji Ahmad Nor beliau telah ketinggalan jauh di belakang serta sudah tidak nampak kelibat mereka.
Kehilangan kanak-kanak itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Sementara itu, bapa tiri Mohammad Muzzafar, Sabri Abdul Ghani, 53, berkata beliau membenarkan anak tirinya itu membonceng motosikal lelaki terbabit kerana dimaklumkan lelaki itu juga dalam perjalanan ke Sungai Pinang dan beliau tidak mengesyaki apa-apa.
"Sampai di persimpangan lampu isyarat simpang kedai sembilan di Lebuh raya (Tun Dr Lim Chong Eu) lelaki itu tiba-tiba belok ke kiri menghala ke Jelutong dan saya kejar dia sehingga sampai lampu isyarat satu lagi di situ tetapi mereka telah hilang dengan sekelip mata," katanya.
Beliau yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah hotel itu bertindak mencari anak tirinya dan lelaki itu di flat tempatnya tinggal dan kawasan sekitar Sungai Pinang tetapi tidak menjumpai mereka.
Ibu Mohammad Muzzafar, Amnah Basri, 35, yang tidak tidur sejak semalam kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu melahirkan rasa syukur selepas mendapat maklumat daripada polis memaklumkan anak tunggalnya ditemui selamat. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam perjalanan membawa pulang kanak-kanak berkenaan. - Gambar fail
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Kanak-kanak dilaporkan hilang di George Town ditemui di Taiping
Mohammad Muzzafar Mohammad, 11, ditemui oleh anggota Balai Polis Taiping di perhentian bas kira-kira 7 malam ini.
Polis tahan lelaki, tumpas sindiket pecah rumah di George Town
Polis turut merampas pelbagai barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya barangan kemas, peralatan elektrik, telefon bimbit dan komputer riba.
Mayat reput dalam kotak adalah warga asing - polis
Mayat seorang wanita yang ditemui telah reput dan disumbat dalam kotak di tepi belukar di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini semalam dipercayai merupakan rakyat asing.
Suri rumah maut dilanggar kereta jiran di George Town
Gara-gara bertengkar disebabkan sampah, seorang suri rumah maut dilanggar di Flat Desa Intan di Lebuhraya Thein Teik, Bandar Baru.