IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas setelah terjatuh ke dalam tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di Seri Iskandar, kira-kira 37 kilometer, dari sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar menerima panggilan kecemasan pada jam 1.29 tengah hari dan jentera tiba di lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer kira-kira 10 minit kemudian.
"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu menunjukkan kanak-kanak tersebut berada bersebelahan dengan tasik berkenaan.
"Mangsa ditemui pada jam 4.25 petang kira-kira tiga meter dari tebing tasik berkenaan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Bota.
“Bedah siasat akan dilaksanakan pada malam ini untuk mencari punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak,” katanya.
Justeru beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian itu supaya membantu siasatan dengan menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Mangsa lemas dibawa naik selepas ditemukan kira-kira tiga meter dari tebing tasik berhampiran Masjid UTP di Seri Iskandar. - Bernama
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.