ALOR GAJAH: Tular video berdurasi tiga minit yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun nyaris dilanggar kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Melaka Pindah, Jalan Melaka Pindah di sini pada Rabu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 6.51 pagi, kanak-kanak terbabit turun dari kereta secara bersendirian dari sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dan terus melintas jalan yang ketika itu sibuk di kedua-dua arah laluan.
Menerusi rakaman video tersebut juga terdengar dentuman kuat dipercayai kenderaan pemilik rakaman kamera papan pemuka tersebut telah dirempuh kenderaan lain selepas dia memberhentikan kenderaan secara mengejut bagi mengelak daripada melanggar mangsa.
Video berkenaan turut menunjukkan seorang lelaki segera mendukung kanak-kanak berkenaan sebelum diserahkan kepada seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan.
Difahamkan sebelum kejadian, wanita itu menyeberangi jalan menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah tanpa menyedari mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan keluar bersendirian dari kereta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu yang dihubungi, mengesahkan insiden itu dan kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Honda CBR250 dan sebuah kereta Perodua Myvi.
Menurutnya, pemandu kereta berusia 32 tahun dan merupakan seorang guru dalam perjalanan dari Pekan Durian Tunggal menghala ke arah Lendu.
Katanya, setiba di lokasi kejadian secara tiba-tiba seorang kanak-kanak telah melintas secara mengejut menyebabkan guru terbabit memberhentikan kereta secara mengejut sebelum terdengar dentuman dari arah belakang.
"Mangsa mendapati motosikal ditunggang seorang operator kilang berusia 28 tahun telah melanggar belakang kereta yang dipandunya.
"Bagaimanapun penunggang tersebut hanya mengalami luka dan cedera ringan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya.
Ujarnya, ibu kepada bayi berkenaan juga telah dipanggil ke balai polis dan diberikan nasihat, malah tidak menolak sekiranya terdapat arahan lanjut untuk mengambil tindakan ke atas kecuaian yang berlaku. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Kanak-kanak terbabit turun dari kereta secara bersendirian dari sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dan terus melintas jalan yang sibuk. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial

Pembaharuan perlu dibuat biarpun semakan subsidi mungkin cetus inflasi - SERC
Inflasi dijangka meningkat pada paras 2.8-3.5 peratus pada 2024 daripada anggaran 2.5 peratus tahun ini.

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza.

Polis sahkan video tular kejar suspek hingga ke Cyberjaya
Menurut polis, insiden kejar-mengejar yang berlaku dari Petaling Jaya sehingga ke Cyberjaya juga melibatkan penahanan suspek.

Video tular: Polis buru lelaki tikam peniaga mi
Mangsa yang berumur 44 tahun, cedera di bahagian perut akibat ditikam menggunakan pisau oleh seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali.

Remaja acu pisau terhadap pemandu e-hailing dibebas dengan jaminan polis
Remaja lelaki berusia 13 tahun yang direman pada Selasa kerana mengacu pisau di dada pemandu kenderaan e-hailing di Taman Keladi.

Lelaki warga Australia kencing di tiang parkir ditahan
Seorang lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini diberkas pada Selasa.

Video tular: Polis panggil 'Mr H', minta Abdul Wahab tampil
Polis akan memanggil dan merakam keterangan individu dinamakan sebagai 'Mr H' yang dipercayai dikaitkan dengan perbualan video tular.

Polis kesan pemandu biar budak keluar kepala di 'sunroof'
Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof' kenderaan yang sedang bergerak.

Polis buru lelaki naik kereta mahal, tapi kencing merata
Polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam.

Video dua lelaki: Polis rakam keterangan Che Gu Bard dan Agus
Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis belum menerima sebarang laporan dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video perbualan tular.