awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026

Bernama
Bernama
31/12/2025
22:30 MYT
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
OnSA akan berkuat kuasa pada 1 Jan, menekankan perlindungan pengguna, mengawal penipuan siber, eksploitasi dan penyamaran termasuk ancaman melibatkan penyalahgunaan kecerdasan buatan serta teknologi deepfake. - Pexels
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menasihati ibu bapa supaya memantau penggunaan peranti anak-anak dan memastikan teknologi dimanfaatkan secara bijak sempena tahun baharu 2026.
Beliau menerusi video perutusan Tahun Baharu 2026 di Facebook Kementerian Komunikasi, turut mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan taktik penipuan atau scam yang baharu.
Dalam usaha memperkukuh keselamatan ruang siber negara, tahun 2026 akan menyaksikan perubahan besar, apabila semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan lapan juta atau lebih pengguna perlu berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula pada 1 Jan, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Langkah kawal selia itu, bertujuan memastikan platform berskala besar beroperasi dalam kerangka undang-undang secara teratur dan berkesan, selain memikul tanggungjawab jelas terhadap keselamatan pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.
Seiring dengan itu, Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) akan berkuat kuasa bermula pada 1 Jan, menekankan perlindungan pengguna, mengawal penipuan siber, eksploitasi dan penyamaran termasuk ancaman melibatkan penyalahgunaan kecerdasan buatan serta teknologi deepfake.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berharap tahun baharu ini dapat memberi peluang kepada rakyat untuk terus memajukan diri, keluarga dan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.
"Semoga tahun 2026 kita kekal cergas, negara berada pada landasan yang betul, ringgit semakin kukuh, ekonomi semakin sihat, mempunyai lebih banyak peluang sebagai rakyat untuk menceburi bidang-bidang yang boleh memajukan diri, keluarga, masyarakat serta negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#media sosial
#akta keselamatan dalam talian
#keselamatan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan