awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang

Bernama
Bernama
31/12/2025
22:15 MYT
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Menurut TLDM, kejadian berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas, Tentera Darat Malaysia. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Super Lynx milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan pendaratan cemas di perairan Pantai Klebang, Melaka, malam tadi.
TLDM dalam kenyataan memaklumkan, kejadian terbabit berlaku pada 10.50 malam ketika pesawat sedang melaksanakan penerbangan demonstrasi sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-60 Grup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM).
"Empat kru udara berada di dalam pesawat ketika kejadian dan kesemua mereka telah berjaya diselamatkan serta dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
"Semua kru berada dalam keadaan sedar dan stabil serta sedang dipantau oleh pasukan perubatan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, TLDM telah mengambil tindakan serta-merta dengan mengatur gerakan operasi salvaj pesawat berkenaan dan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"TLDM memohon orang ramai agar tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti dan kelancaran proses penyiasatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#helikopter
#pendaratan cemas
#TLDM
#Pantai Klebang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami