awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun lemas terjatuh paya

Bernama
Bernama
07/12/2021
09:32 MYT
Kanak-kanak enam tahun lemas terjatuh paya
Mayat mangsa ditemukan penduduk kampung dalam keadaan terapung di sebuah paya, kira-kira 500 meter dari rumahnya pada 8 pagi tadi. - Gambar/ PDRM
MARANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam paya, berdekatan rumahnya, di Kampung Gong Beris, Mercang di sini.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Deris berkata mayat mangsa Muhammad Syafiq Abdullah ditemukan penduduk kampung dalam keadaan terapung di sebuah paya, kira-kira 500 meter dari rumahnya pada 8 pagi tadi.
Mangsa disedari hilang oleh ibunya pada 6 petang semalam, ketika bangun tidur.
"Pada mulanya, ibu mangsa yang juga pengadu menyangkakan anaknya hanya keluar bermain di kawasan sekitar rumah seperti hari-hari biasa dan menunggu sehingga pukul 8 malam untuk anaknya pulang.
"Bagaimanapun selepas tempoh itu, mangsa tidak juga pulang. Beliau yang berasa tidak sedap hati terus mengerah anggota keluarga serta meminta bantuan orang kampung mencari mangsa di kawasan paya, parit dan lombong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Zain usaha pencarian mangsa oleh anggota pihak berkuasa dan penduduk kampung malam tadi gagal disebabkan suasana sekitar yang gelap dan tiada tanda-tanda mangsa dapat ditemukan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih peka dengan soal keselamatan anak kecil dan tidak membiarkan mereka keluar bermain berseorangan terutama pada musim hujan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#jatuh paya
#Kampung Gong Beris
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan