Penuturan kata-kata berunsur lucah dalam kalangan remaja bukan lagi perkara asing kebelakangan ini.
Rata-rata mereka yang merakamkan perlakuan itu pula tanpa segan silu memuat naik video mereka ke laman web untuk tatapan orang ramai, seolah-olah berbangga dengan apa yang dilakukan mereka.
Kemudahan internet di hujung jari menyebabkan penyebaran video itu semakin meluas dan menjadi viral di alam siber.
Namun, yang menjadi persoalan ialah wabak itu kini dilihat semakin menular kepada kanak-kanak yang belum pun fasih berkata-kata, apatah lagi memahami apa yang disebut mereka.
`Mangsa' terkini adalah kanak-kanak yang berusia bawah lima tahun yang baru belajar bercakap.
Hasil tinjauan Astro AWANI di laman Facebook dan YouTube mendapati perkongsian video kanak-kanak yang menutur perkataan yang menjadi slanga perbualan remaja kian menjadi-jadi.
Di dalam video yang tersebar itu, anak-anak yang menjadi `mangsa' ini dirakam menuturkan frasa berunsur lucah 'ale uto' dipercayai atas desakan seseorang yang lebih dewasa yang bertindak merakamkannya.
Ia dimuat naik beberapa pengguna di laman YouTube melalui kata carian 'ale uto-versi budak kecik'.
Perkataan itu sebelum ini menjadi 'viral' di media sosial dan turut dirakam oleh seorang remaja dari Pantai Timur dalam sebuah video pendek yang telah dimuat naik di laman YouTube.
Persoalannya kini, apakah kanak-kanak berkenaan merupakan golongan kurang kasih sayang ibu bapa atau penjaga mereka?
Bagaimana pula jika kanak-kanak ini membawa tabiat mengulang frasa yang mungkin tidak diketahui maksudnya itu di pusat asuhan dan menyebar 'mazhab' itu kepada rakan mereka selain kebimbangan ia menjadi semakin viral di kalangan kawan-kawan mereka?
Sebelum ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, orang muda yang sering menuturkan perkataan ini boleh juga dianggap mahu menagih perhatian daripada masyarakat.
Bagaimanapun, pakar psikoterapi Azman Shah Aziz melihat situasi yang terjadi berpunca daripada keterbukaan internet masa kini.
Page Facebook Amran Fans sebelum ini pernah menggemparkan pengikutnya dengan pengenalan slanga yang dikatakan berunsur lucah, 'ale uto' yang kerap sehingga viral di media sosial.
Amran Fans, walau bagaimanapun, menafikan frasa itu berunsur negatif dan menjelaskan maksud perkataan itu ialah 'I love u' (saya cinta kamu).
Populariti perkataan itu turut dilihat semakin mendapat tempat di hati remaja dengan cubaan golongan itu yang menjual baju t-shirt bertulis 'Ale Uto' di laman sosial dengan harga RM35 sehelai.
Bagaimanapun jualan itu mendapat banyak kecaman dari pengguna media sosial sendiri terutama di blog-blog yang menyifatkan penjual berbabit cuba meraih keuntungan mudah tanpa memikirkan sentimen dan sensiviti masyarakat terhadap isu berkenaan.
Astro Awani
Sat Nov 15 2014
Kanak-kanak kini jadi mangsa frasa 'Ale Uto'?
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kanak-kanak jadi mangsa frasa 'ale uto'?
Beberapa kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan baru belajar bercakap kini dilihat menjadi mangsa video viral frasa berunsur lucah 'ale uto' di laman YouTube.