awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping

Bernama
Bernama
10/11/2023
14:49 MYT
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi. - Gambar fail
CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan orang awam pada 5.21 petang, yang memaklumkan mangsa Muhammad Ammar Azwan Azani telah dihanyutkan ombak ketika bermain bersama rakannya di kawasan pantai berkenaan.
"Anggota dari Balai Polis Ayer Jernih dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.
"Mayat mangsa bagaimanapun ditemukan orang awam kira-kira setengah jam selepas kejadian," katanya ketika dihubungi.
Hanyan berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak daripada melakukan aktiviti air, kerana musim Monsun Timur Laut (MTL) sudah pun bermula.
Beliau berkata tinjauan pihaknya di kawasan pantai juga mendapati ombak semakin tinggi dan berbahaya kepada sebarang aktiviti rekreasi.
"Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran bahawa MTL telah pun bermula.
"Jadi saya minta ibu bapa tolong pantau aktiviti anak-anak terutama pada musim cuti sekolah seperti sekarang kerana mereka lebih bebas dan ada banyak masa bermain di luar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#kanak-kanak lapan tahun
#Pantai Taping
#Polis Daerah Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan