Kisah penderitaan kanak-kanak berleher lembut, Muhammad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi yang memerlukan kerusi roda khas supaya dapat memberi sokongan pada lehernya, mendapat perhatian seorang dermawan dari Klang, Selangor.
Pengarah syarikat perkapalan, SHM-Shipcare Sdn Bhd Huzefa Zainuddin berkata beliau terpanggil untuk menghulurkan bantuan menyelesaikan baki bayaran kerusi roda khas yang ditempah, apabila membaca kisah kanak-kanak berusia empat tahun itu yang dilaporkan pihak media.
"Saya gembira kerana keluarga Muhammad Shahril Arsyad sudi menerima bantuan baki bayaran kerusi roda khas bernilai RM4,500.
"Saya berterima kasih kepada pihak media kerana menyalurkan berita mengenai kesukaran kanak-kanak ini dan memudahkan kami menghulurkan bantuan sepatutnya," katanya ketika ditemui di Kampung Pauh Badang, PCB di sini hari ini.
BACA: Kanak-kanak leher lembut perlu kerusi khas bernilai RM10,000
Muhammad Shahril Arsyad yang dilahirkan normal mengalami demam panas ketika berusia 10 bulan, menyebabkan badannya menjadi kejang sebelum disahkan menghidap penyakit saraf atau ANEC dan kini hanya terlantar dan mengalami sawan.
Sementara itu, ibu Muhammad Shahril Arsyad, Sareha Ismail, 46, berkata sumbangan yang diberikan itu dapat meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga sekali gus membolehkan anak bongsu daripada lima beradik itu lebih lebih selesa dengan adanya kerusi roda khas itu.
Sareha berkata kerusi roda khas bagi menyokong kepala, leher dan tulang belakang anaknya itu ditempah dari Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,500 yang dijangka siap 16 Mac ini.
"Pada 20 Jan lepas, saya ada membuat pembayaran kepada pihak hospital untuk membuat kerusi roda khas yang dianggarkan bernilai RM6,000. Syukur, penderitaan anak saya mendapat perhatian Huzefa," katanya.
Katanya, Muhammad Shahril Arsyad dijadual menjalani dua pembedahan mencabut semua gigi pada 24 dan 26 Feb ini bagi mengelak serangan penyakit kancing gigi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 04 2020
Muhammad Shahril Arsyad dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain, namun pada usia lapan bulan, dia mengalami demam panas dan saraf kejang menyebabkan tubuhnya menjadi lemah. - Foto BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Tutup sajalah semua kawasan' - Bill Gates gesa darurat seluruh negara dikuat kuasa
Beliau mendakwa pendekatan mengisytihar perintah berkurung di seluruh negara adalah amat diperlukan dalam situasi sekarang.