awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki 12 tahun lemas di lagun Sungai Tok Bali

Bernama
Bernama
28/02/2025
13:54 MYT
Kanak-kanak lelaki 12 tahun lemas di lagun Sungai Tok Bali
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di Sungai Tok Bali pada Jumaat. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas ketika mandi di lagun Sungai Tok Bali, Jalan Semerak, Pasir Puteh pada 12.22 tengah hari tadi.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Ibrahim Mohd Rohni berkata mangsa, Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli dikatakan dari Bachok untuk memancing bersama dua ahli keluarganya sebelum ketiga-tiga mereka mandi di lagun itu.
"Semasa kejadian mangsa seorang sahaja yang lemas dan mayatnya ditemui pada kedalaman 3 meter di dasar lagun oleh pasukan kami dengan bantuan unit skuba menerusi operasi carian di permukaan air menggunakan bot," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian pada 1.37 tengah hari.
Ibrahim berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindak lanjut dan telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#Sungai Tok Bali
#Wan Mohd Fahmi Wan Mohd Fadhli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan