awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam warga emas - Polis

Bernama
Bernama
01/11/2021
06:36 MYT
Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam warga emas - Polis
Suspek berumur 80-an menikam mangsa berumur empat tahun yang juga jirannya itu di perut dan paha sehingga cedera parah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga emas disyaki menikam seorang kanak-kanak lelaki dengan menggunakan pisau dalam kejadian di kawasan taman permainan rumah pangsa di Jalan Loke Yew di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan hari ini berkata suspek berumur 80-an menikam mangsa berumur empat tahun yang juga jirannya itu di perut dan paha sehingga cedera parah.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian terbabit pada 5.39 petang, dan bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.
"Polis pada masa sama menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati lelaki terlibat dikesan menyembunyikan diri di sebuah unit rumah pangsa.
"Berdasarkan siasatan lanjut mendapati individu itu mempunyai rekod rawatan psikiatri dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya," katanya.
Noor Dellhan berkata kes berkenaan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Loke Yew
#tikam kanak-kanak
#warga emas ditahan
#cedera parah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan