awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah

Sinar Harian
Sinar Harian
17/06/2021
21:40 MYT
Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Kanak-kanak lelaki yang ditemui sendirian di kawasan riadah Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian/Balai Polis Brickfields
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat ke lima tahun ditinggalkan sendirian di kawasan riadah Jalan Tebing, Brickfields di sini sebelum ditemui orang awam pada Khamis.
Balai Polis Brickfields menerusi kemas kini di Facebooknya pada Khamis berkata, kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.
Menurut perkongsian tersebut, hebahan dilakukan bagi mengesan waris kanak-kanak tersebut.
"Kanak-kanak berkenaan berpakaian baju-T biru gelap serta kelabu dan berseluar pendek warna biru ketika ditemui.
"Mohon jasa baik kepada semua untuk sebarkan mesej ini bagi memudahkan pihak polis mengesan waris kanak-kanak tersebut atau menghubungi Balai Polis Brickfields di talian 03-79824999 atau 011-32565600," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=2238594419607844&id=776694252464542"><
Sementara itu Ketua Polis Daerah Bricfields, Asisten Komisioner Anuar Omar ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, belum ada waris tampil menuntut kanak-kanak itu setakat jam 5.30 petang.
"Kanak-kanak itu telah diserahkan ke Unit Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setakat ini tiada sesiapa tuntut kanak-kanak tersebut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#ditinggal sendirian
#kawasan riadah
#Balai polis Brickfields
#berambut panjang
#Anuar Omar
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Unit Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan