MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah dekat sini pada petang Sabtu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 3.25 petang dan hujan lebat itu, mangsa, Muhammad Danish Mohd Faizal, disedari hilang oleh ibunya, Nor Amiza Che Kar, 28, ketika sedang berniaga berdekatan kawasan terbabit.
Menurutnya, sebelum itu mangsa dilihat bermain di kawasan berhampiran bersama abangnya berusia berusia empat tahun.
"Ketika sedang berniaga dengan keadaan hujan lebat tiba-tiba Danish hilang.
"Sebelum itu, saya lihat dia sedang bermain dan tidak lama kemudian dia tidak kelihatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pada Sabtu.
Tambahnya, dia kemudian bertanya kepada anak ketiganya itu di mana adik bongsunya namun anaknya itu menjawab tidak tahu.
Nor Amiza berkata, dia kemudiannya menemui selipar yang dipakai mangsa berada di kawasan rumput tepi longkang sebelum mencari mangsa bersama suaminya, Mohd Faizal Maarop, 38, di sekitar kawasan terbabit.
"Selepas gagal menemui mangsa, suami segera membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru.
"Kami masih mencarinya kerana percaya dia masih hidup dan kalau ada sesiapa terjumpa Danish yang memakai baju biru tolong pulangkan kepada saya," katanya lagi.
Jelasnya, dia tidak menyangka insiden kehilangan anak itu berlaku ketika sedang mencari rezeki.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit ketika ditemui berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 3.45 petang daripada bapa mangsa.
Menurutnya, sehingga kini usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan dalam keadaan hujan.
"Seramai 10 anggota dan pegawai bomba serta 10 anggota dan pegawai polis terlibat dalam operasi SAR itu," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 25 2023
Anggota bomba dan polis sedang melakukan operasi SAR di kawasan mangsa dipercayai terjatuh di longkang Taman Goodwood, Bukit Palah pada petang Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki dua tahun dipercayai jatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Palah pada petang Sabtu.
Pemuda maut, kereta terjunam dalam longkang depan IPG
Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang besar di hadapan pintu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, di sini, pada Rabu malam.
Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh longkang
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkah di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 malam.
Mayat kanak-kanak jatuh longkang ditemui selepas 4 kali laungan azan
Mayat kanak-kanak 10 tahun, yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Ukay Perdana, Ampang Sabtu lepas, ditemukan hari ini.
Jatuh longkang ketika panjat pokok mempelam
Mangsa berusia lingkungan 40-an itu terjatuh selepas salah satu dahan yang dipijak patah.
Bomba selamatkan anak kucing terjatuh longkang
Di Taman Botani, Ipoh, anggota bomba memberi khidmat khas menyelamatkan seekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang.
Jatuh longkang: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan pagi ini
Mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat dia dipercayai jatuh.
Wanita warga emas maut jatuh longkang
Difahamkan mangsa berjalan kaki seorang diri sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut.
Penunggang motosikal dikhuatiri dihanyutkan arus deras selepas terjatuh longkang
Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Amin Ismail, 58, dari Klebang Restu, Chemor itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang ketika hujan lebat.