Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Februari 2026.
Kedua-dua peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) direman sehingga esok, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilapor telah mengeluarkan notis kedua kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, untuk menghadap Lembaga Disiplin pada Khamis depan.
Pelakon Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 tengah malam Ahad.
Seorang pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, bulan lalu.
Ibu bapa dibenarkan menguruskan akaun media sosial anak-anak berusia bawah 16 tahun, namun langkah itu tetap memerlukan pemantauan sepenuhnya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam melaksanakan program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.
Malaysia dan India menegaskan semula sokongan bersama terhadap peranan masing-masing dalam BRICS, sambil menekankan kerjasama itu sebagai pencapaian strategik ke arah memperkukuh orde antarabangsa yang lebih seimbang dan berperwakilan.
Wabak Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering masih berada dalam keadaan terkawal dengan tiada kluster dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Si Zen.
Tindakan seorang kanak-kanak perempuan secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak dikenal pasti sebagai punca kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak, Jumaat lepas.
Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


