awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2021
21:26 MYT
Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air
Lokasi Mohamad Amir dikatakan lemas di kawasan takungan air di Kampung Hutan Kandis. -Sinar Harian
ARAU: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun lemas selepas terjatuh dalam kawasan sawah takungan air ketika berbasikal bersama rakan dan adiknya di Kampung Hutan Kandis di sini.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad bagaimanapun tidak dapat diselamatkan ahli keluarganya dan disahkan meninggal dunia.
"Mangsa bersama adiknya berusia lapan dan seorang rakan berusia 11 tahun sedang menunggang basikal secara berasingan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
"Bagaimanapun, basikal dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan dan mangsa tergelincir serta jatuh ke kawasan sawah takungan air untuk ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, rakannya yang turut berada di tempat kejadian segera pulang ke rumah untuk meminta bantuan tetapi kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan memaklumkan kejadian itu lebih kurang jam 6.30 petang dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk bedah siasat.
Nanda berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Berita asal: Kanak-kanak lemas dalam sawah takungan air
Topic Berkaitan
#sawah
#kanak-kanak lemas
#takungan air
#Kampung Hutan Kandis
#Nanda Maarof
#Mohamad Amir Faris Rohaizad
#tergelincir
#Hospital Tuanku Fauziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan