awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
13/12/2023
04:16 MYT
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Operasi SAR digerakkan bagi mencari kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini sejak Isnin lalu.
ROMPIN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Mangsa, Rizq Ramadhina Jamaluddin dipercayai terjatuh ketika memancing bersama tiga lagi adik-beradiknya di sebuah jeti berhampiran rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd Azahari Mukhtar berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 5.25 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.
Menurutnya, operasi SAR disertai 134 anggota pelbagai agensi termasuk, polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), tentera dan Pasukan Polis Marin.
"Turut membantu anggota dari Jabatan Perikanan, sukarelawan Jabatan Amal Rompin, Kelab Bencana Rompin dan penduduk kampung.
"Sebanyak 18 bot digunakan dalam operasi itu selain bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mohd Azahari berkata, operasi pencarian turut dijalankan di dalam air dengan melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
"Operasi pada Selasa ditangguhkan kira-kira jam jam 7 petang sebelum ia disambung hari ini (Rabu)," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#kanak-kanak lemas
#Kuala Rompin
#mangsa pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan