Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak lima tahun hilang disambar buaya di Lahad Datu

81738480283_buaya.jpg
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Felda Sahabat pagi tadi. - Gambar fail/hiasan

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai Kampung Pangkalan, Desa Kencana, Felda Sahabat di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Mohd Hamka Mustamin berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa merupakan etnik Pala'u yang tinggal di kawasan pesisir pantai berkenaan.

Advertisement

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi, jentera dan anggota digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 100 kilometer dari pekan Lahad Datu.

"Ketika ini, pihak bomba bersama dengan pasukan keselamatan lain masih melakukan pencarian pada permukaan dan pesisir pantai. Identiti mangsa masih belum disahkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Hamka berkata kanak-kanak berkenaan masih belum ditemukan hingga kini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video