Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 rumahnya di Flat Rajawali 1-Park, Bayan Lepas di sini hari ini.
Muhammad Alif Hamizan Abdul Khalid dipercayai terjatuh dari tingkap dapur rumahnya pada pukul 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata hasil siasatan di tempat kejadian, polis mendapati kanak-kanak itu terjatuh melalui jeriji besi yang tidak berkunci.
"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan seorang diri di rumah pada masa kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu mengalami kecederaan di muka dan mayatnya dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
Sementara itu bapa saudara mangsa, Mohd Razeen Hamzah, 33, berkata pada masa kejadian, nenek kanak-kanak itu menghantar kakaknya yang berusia tujuh tahun ke sekolah berhampiran rumah mereka.
"Kebiasaannya apabila dia (Muhammad Alif) bangun tidur dia akan menonton televisyen tetapi lain pula hari ini apabila dia terus pergi buka tingkap dapur," katanya ketika ditemui di Hospital Balik Pulau.
Mohd Razeen berkata ibu kanak-kanak itu yang bekerja di kilang Osram dan bapanya, seorang pekerja kontrak, keluar bekerja seawal 6.30 pagi.
"Muhammad Alif seorang yang cergas dan petah, dia amat rapat dengan anak perempuan saya yang berusia enam tahun, semalam saya baru bertemu dengannya dan memberinya aiskrim," katanya.
Mayat Muhammad Alif dibawa keluar dari hospital itu pada pukul 1.20 tengah hari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini.
Bernama
Tue Jan 20 2015
Kanak-kanak itu terjatuh melalui jeriji besi yang tidak berkunci.
[TERKINI] Jumlah mangsa catat penurunan, Kelantan kekal tertinggi
Jumlah mangsa banjir setakat hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa – 3 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP cecah RM10.78 bilion - MOF
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Kes bunuh pelajar vokasional: Mangsa ditumbuk, ditendang 10 tertuduh dalam keadaan berbaring
Saksi pendakwaan ke-12 yang juga rakan mangsa itu berkata 10 tertuduh itu mengelilingi mangsa serta melakukan perbuatan itu ketika mangsa dalam keadaan berbaring.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
Mangsa banjir menurun kepada 99,823 malam ini
Situasi banjir di tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Johor mencatatkan peningkatan jumlah mangsa setakat 8 malam tadi.
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.
Kanak-kanak lima tahun maut jatuh dari tingkat 13 di Bayan Lepas
Hasil siasatan polis mendapati kanak-kanak itu ditinggalkan seorang diri di rumah pada masa kejadian.