awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mangsa dera ditemui kelaparan, minta makanan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/08/2023
11:47 MYT
Kanak-kanak mangsa dera ditemui kelaparan, minta makanan
Ibu mangsa dan teman lelakinya direman lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos depan untuk siasatan lanjut. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kelaparan dengan kesan kecederaan di seluruh badan disyaki akibat didera, di sebuah pangsapuri di Mengelembu, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang individu kira-kira jam 4.30 petang.
Menurutnya, kes itu juga didapati telah menarik perhatian masyarakat umum.
“Mangsa dijumpai oleh orang awam yang lalu di hadapan pangsapuri berkenaan, ketika kanak-kanak berkenaan meminta makanan daripadanya,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, hasil siasatan susulan, polis telah menahan ibu kandung mangsa dan teman lelakinya, berumur 23 dan 26 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Menglembu Impiana Adril, di sini, kira-kira jam 7 petang hari yang sama.
Menurutnya, ibu kanak-kanak tersebut yang telah bercerai dengan suaminya sejak 2019, bekerja sebagai tukang cuci manakala teman lelakinya bekerja mengutip barangan kitar semula.
“Polis turut merampas paip getah dan rotan yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa,” ujarnya.
Beliau berkata, mangsa telah ditahan di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan dan pemerhatian.
Menurut Yahaya, kedua-dua suspek telah direman lima hari mulai hari ini hingga 7 Ogos depan untuk siasatan lanjut.
Katanya, polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#kes dera
#Kanak-kanak
#ibu ditahan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan