awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris

Bernama
Bernama
14/08/2023
03:20 MYT
Kanak-kanak mangsa dera terima rawatan sebelum diserah kepada waris
Khairin-Nisa Ismail (kiri) melawat kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.
JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lepas akan menerima rawatan terlebih dahulu, sebelum diserahkan kepada waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai, di Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata kanak-kanak itu dilihat ceria ketika bersama bapa, bapa saudara dan datuknya semasa lawatan beliau ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, semalam.
"Saya juga telah memberikan sumbangan kepada kanak-kanak itu bagi menceriakan lagi perasaannya. Di kesempatan itu juga, kami bersama-sama meraikan ulang tahun kelahirannya bersama bapa kandung, bapa saudara dan datuknya yang datang dari Kedah.
"Tidak pernah terlepas daripada senyuman, saya berharap agar kanak-kanak ini membesar dengan tabah dan kuat," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau malam tadi.
BACA: Ibu, rakan ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki tujuh tahun
BACA: Budak 7 tahun didera: Jiran sering dengar jeritan, tangisan
BACA: JKM Johor Bahru kesan waris kanak-kanak tujuh tahun mangsa dera
Khairin-Nisa turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Pelindung Kanak-Kanak dan pihak HSI terutamanya pakar pediatrik hospital kerana menjaga dan memberikan hak yang sepatutnya kepada kanak-kanak berkenaan.
"Turut berterima kasih kepada Penghulu Mukim Plentong Daerah Johor Bahru Tok Mohd Nurul Faiz Aman, yang bersama-sama ketua-ketua kampung dan Komuniti Pr1ma Bandar Layangkasa yang peka dengan keadaan kanak-kanak itu dan segera bertindak.
"Diingatkan bahawa kes penderaan kanak-kanak boleh disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun, atau dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya," katanya.
Sabtu lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.
Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#dera kanak-kanak
#Pasir Gudang
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan