JOHOR BAHRU: Seorang ibu dan rakan perempuannya ditahan, kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Bandar Layang Kasa, Pasir Gudang di sini, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu kandung mangsa yang juga ibu tunggal berusia 27 tahun, manakala rakannya seorang warga asing berusia 30 tahun, ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam pada 12.30 tengah malam (12 Ogos).
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam, pada 12.02 tengah malam (12 Ogos).
"Pihak polis turut merampas dua batang rotan. Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini bagi rawatan lanjut.
"Ibu mangsa merupakan suri rumah, manakala rakannya pula juruteknik di sebuah kilang. Kedua-dua tangkapan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Kamarul Zaman berkata mangsa juga mempunyai adik beradik yang lain, manakala rakan ibunya itu tinggal bersama di rumah tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenai status warga rakan ibu mangsa berkenaan.
Beliau berkata berkata ibu kanak-kanak itu ditahan reman selama enam hari mulai hari ini hingga Khamis, manakala rakannya ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga Jumaat bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Polis Johor turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat hingga mangsa berjaya diselamatkan.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.
Sementara itu, isteri Tunku Mahkota Johor Che Puan Besar Khaleeda Bustamam menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak termasuk pihak polis, exco, kakitangan HSI yang mengambil tindakan pantas, serta kesemua jiran kanak-kanak berkenaan yang prihatin dan sudi berusaha melindungi kanak-kanak tersebut.
"Tindakan mereka membuktikan betapa pentingnya komuniti setempat bersatu menjaga kesejahteraan dan keselamatan golongan kanak-kanak di negara ini. Insiden itu bagaimanapun mengingatkan kita bahawa kes penderaan kanak-kanak masih lagi menjadi isu yang memerlukan perhatian serius oleh semua pihak," titah baginda dalam satu hantaran di Facebook rasmi, di sini.
Justeru, Che Puan Besar Khaleeda menggesa agar kesedaran tentang penderaan kanak-kanak dipertingkatkan melalui usaha berterusan daripada semua pihak kerana setiap bantuan kecil yang dihulurkan akan memberikan impak besar dalam melindungi hak serta masa depan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2023
Kamarul Zaman berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam, pada 12.02 tengah malam (12 Ogos). - Gambar fail/Bernama
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
AIM menang Anugerah Industri Kewangan Islam Global
AIM memenangi anugerah Islamic Finance News apabila dinobat IFN Best Islamic Microfinance Institution, serta menerima dua anugerah di bawah Global Good Governance Awards (3G).
Pulau Pinang akan bincang, teliti kenaikan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang akan membincangkan mengenai kenaikan gaji penjawat awam di negeri itu pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.