KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera di bahagian belakang badan selepas dipercayai terkena percikan bahan mudah terhakis.
Insiden itu berlaku di sebuah tabika di Kemaman pada Rabu.
Kejadian itu hanya disedari gurunya selepas mangsa yang sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kelasnya tiba-tiba meluru ke arahnya sambil menangis dan mengadu terasa panas di bahagian belakang badannya.
Sementara itu ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Masyita, berkata selepas menerima panggilan dia bergegas mendapatkan anak sulung daripada dua beradik itu.
Katanya ketika sampai dia melihat anaknya itu tidak berbaju serta menangis kesakitan sebelum mengesan terdapat kecederaan pada belakang badan mangsa.
Selain itu Masyita berkata baju melayu yang dipakai anaknya juga turut berlubang dan ada kesan terhakis lalu membawa anaknya ke klinik berhampiran.
Jelas Masyita anaknya itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (HSNZKT) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenalpasti bahan yang terkena pada badan kanak-kanak tersebut.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan terhakis pada baju mangsa dan pihaknya akan membawa sampel bahan tersebut ke Jabatan Kimia.
Selain itu pihaknya akan menyiasat dari segala aspek termasuk meneliti sama ada berlaku pengabaian penjagaan terhadap kanak-kanak itu di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.
Nur Fazlizai Ali
Sat May 20 2023
![Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684544695_Kanakkanakmelecur.jpg)
Mangsa yang cedera di bahagian belakang menerima rawatan di HSNZKT. - Astro AWANI
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat 73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719161813_TBkebakaran.jpg)
73 hilang tempat tinggal, lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat
Tujuh puluh tiga orang hilang tempat tinggal selepas lima buah rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pemukat, Jalan Kuala Lawas, Lawas lewat petang tadi.
![Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709988523_KampungSagaSatuMe.jpg)
Bomba jalan kaki 1km padam kebakaran di Menggatal
Pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu serta BBP Lintas terpaksa berjalan kaki sejauh satu kilometer sebelum dapat memulakan operasi memadam kebakaran di Kampung Saga, Menggatal, di sini hari ini.
![Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709155589_SuamiIsteri.jpg)
Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.
![Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700214346_TBmelecurjpg.jpg)
Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan WhatsApp
Ibu mangsa terkejut mendapati rakaman video dikongsi di dalam kumpulan itu adalah mengenai anaknya, sebelum bergegas pulang sekitar 5 petang.
![Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695945726_LelakiOKUBomba.jpg)
Lelaki OKU rentung dalam kebakaran rumah panjang 36 pintu
Rumah panjang tersebut dihuni sekitar 189 penduduk, tetapi ramai yang tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden.
![Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688439446_kebakaran.jpg)
Dua beradik melecur dalam kebakaran rumah
Dua beradik melecur pada bahagian tangan dan badan ketika cuba menyelamatkan diri selepas kediaman mereka terbakar.
![Tong gas meletup punca tiga beranak melecur Tong gas meletup punca tiga beranak melecur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686645768_keretaterbakar.jpg)
Tong gas meletup punca tiga beranak melecur
Dua tabung gas oksigen meletup punca mengakibatkan tiga beranak terbakar dan melecur dalam kejadian di Taman Industri Ringan Sri Mergong.
![Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684544695_Kanakkanakmelecur.jpg)
Kanak-kanak melecur terkena bahan mudah terhakis di tabika
Insiden itu berlaku di sebuah taman asuhan bimbingan dan kanak-kanak di Kemaman pada Rabu.
![Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682868998_TBterbakar.jpg)
Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus
Seorang wanita warga emas melecur 90 peratus selepas bilik di bahagian tingkat atas kediamannya di Taman Pelangi Indah, terbakar, awal pagi tadi.
![Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681358353_lelakibakar.jpg)
Lelaki bakar bekas teman wanita hidup-hidup ditahan
Seorang lelaki yang didakwa membakar bekas teman wanitanya hidup-hidup ditahan di Colombia pada Rabu.