TEMERLOH: Unik dan jarang ditemui, namun warna biru pada sebelah mata adalah keistimewaan yang dimiliki seorang kanak-kanak pekak dan bisu di Kampung Bukit Kelulut di sini.
Muhammad Hakim Hussien, 4, adalah anak tunggal kepada pasangan orang kurang upaya (OKU), Hussien Amid, 44, dan Siti Hajar Abu, 35, yang juga pekak dan bisu.
Dalam istilah perubatan ia dikenali 'heterochromia' merupakan fenomena yang jarang berlaku iaitu seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza, boleh terjadi sejak lahir disebabkan genetik atau kerana kecederaan dan penggunaan ubat-ubatan.
Menurut ibu saudara Siti Hajar, Aminah Jaafar, 58, cucu saudaranya itu memiliki warna biru pada mata sebelah kanan sejak lahir.
"Dalam keluarga kami setakat ini tiada yang pernah memiliki warna mata sebegini dan hanya Muhammad Hakim memiliki keistimewaan tersebut.
"Setakat ini penglihatannya normal. Dia pun seorang kanak-kanak yang ceria dan manja dengan saya kerana setiap petang saya akan menjaganya di rumah atas nasihat doktor atas faktor keselamatan," katanya kepada Sinar Harian.
Kanak-kanak istimewa itu ditemui ketika kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Bukit Kelulut, Abu Kasim Kamat dan Pegawai Pertahanan Daerah Temerloh, Muhammad Ikram Harun di rumah keluarga tersebut pada Khamis.
Rumah pasangan tersebut terjejas akibat ribut yang melanda pada Jumaat lalu.
Aminah yang bekerja di bahagian landskap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memberitahu, Siti Hajar adalah anak bongsu daripada enam beradik dan hanya seorang daripada adik-beradiknya normal, selebihnya mengalami pekak dan bisu.
"Siti Hajar telah berkahwin dan menduduki rumah keluarganya sejak 2010. Kini hanya dia bekerja sebagai tukang cuci kontrak dengan pendapatan bersih RM500, manakala suaminya tidak dapat bekerja menjaga anak mereka di rumah.
"Namun, Siti Hajar dan suaminya ada menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," jelasnya.
Sementara itu, Abu Kasim berkata, kerosakan yang dialami rumah pasangan OKU itu akan dibaiki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) selain dibina tandas baharu.
Sinar Harian
Fri Feb 19 2021

Muhammad Hakim Hussien memiliki warna biru pada mata sebelah kanan sejak lahir. - Foto Sinar Harian
![[TERKINI] Penjenayah | Polis tembak kenderaan, pemandu bertindak ganas [TERKINI] Penjenayah | Polis tembak kenderaan, pemandu bertindak ganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892667/9449735901614333714447_640x360.jpg)
[TERKINI] Penjenayah | Polis tembak kenderaan, pemandu bertindak ganas

Cerita Sebalik Berita: Adakah majikan menyediakan tempat tinggal selamat?

Cerita Sebalik Berita: Sudah beli peranti, sekolah dibuka semula

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.

Pfizer perlu kemuka dokumen kepada NPRA jika ada perubahan spesifikasi suhu
Dr Hishamshah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) masih mengekalkan suhu penyimpanan asal bagi mengelakkan keberkesanan vaksin berkenaan terjejas.

Akta 446: Gagal sediakan penginapan selesa kepada pekerja, 317 kertas siasatan dibuka
Sebanyak 317 kertas siasatan telah dibuka bagi tindakan lanjut keatas majikan di seluruh Malaysia bermula 1 Februari lalu selepas didapati gagal menyediakan penginapan yang kondusif dan selesa kepada

Akta 446: Kerajaan dicadang sediakan insentif kepada majikan, kontraktor
Kerajaan dicadang memberikan insentif atau subsidi kepada majikan dan kontraktor bagi memastikan mereka dapat menyediakan penempatan lebih baik kepada pekerja serta memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Parti liar | Pegawai dan anggota polis ditahan posiitf dadah
Seorang pegawai kanan dan lima anggota polis dari Kontinjen Perak antara 14 orang yang ditahan dalam satu serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh pada awal pagi Jumaat. Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis amphetamine dan methaphetamine.

Tahun kewangan 2020: Perolehan TNB rendah, umum dividen akhir satu peringkat 18.0 sen
Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkurangan kepada RM3.40 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020 daripada RM4.53 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Untung bersih suku keempat 2020 Maxis susut kepada RM319 juta
Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2020 merosot kepada RM319 juta berbanding RM353 juta pada suku keempat 2019.

Kanak-kanak OKU miliki mata biru
'Heterochromia' merupakan fenomena yang jarang berlaku iaitu seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza.