LANGKAWI: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) sebelum kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum dekat sini, pada Selasa lalu dikatakan belajar cara memandu melalui YouTube.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, perkara itu dinyatakan kanak-kanak itu yang mendakwa tahu cara membawa kereta dengan melayari YouTube dan mengamati cara pemanduan bapanya.
Shariman berkata, siasatan turut mendapati tiada simulator digunakan untuk berlatih memandu di rumah kanak-kanak itu.
"Mengenai video tular mendakwa kanak-kanak tersebut berlatih menggunakan simulator di rumah, siasatan pihak polis mendapati tidak ada simulator di rumahnya.
"Gambar tular tersebut bukan gambar kanak-kanak yang memandu kereta Vios sehingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, setakat ini pihak polis telah merakam keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak tersebut.
"Selain itu lima individu lain yang merupakan saksi kejadian juga telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
"Mereka terdiri daripada tiga saksi di tempat kejadian, datuk kanak-kanak itu dan seorang lagi anggota polis yang tiba di tempat kejadian," katanya.
Menurut Shariman, kanak-kanak tersebut juga akan dirujuk kepada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (Child Interview Centre - CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah untuk mendapatkan keterangan menyeluruh.
Beliau berkata, kertas siasatan hampir siap dan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri di Alor Setar sebaik pihak polis menerima laporan perubatan daripada hospital.
Sebelum ini media melaporkan, dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada jam 11.15 malam Selasa.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kemudiannya, kejadian itu dikaitkan dengan unsur mistik sebelum dinafikan pihak polis yang mengesahkan kanak-kanak itu tahu cara mengendalikan kereta.
Selepas itu, tular pula video mengaitkan seorang kanak-kanak lelaki bermain simulator kereta lumba adalah kanak-kanak sama memandu kereta di Langkawi sebelum dinafikan sendiri ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023
Dua beradik ditemukan orang awam di dalam sebuah kereta selepas terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi pada Selasa. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Kanak-kanak pandu kereta belajar dari YouTube
Siasatan turut mendapati tiada simulator digunakan untuk berlatih memandu di rumah kanak-kanak itu.