awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2024
00:20 MYT
Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
Kanak-kanak perempuan yang tular selepas hilang ketika bermain di hadapan rumahnya di Jeram Khamis lalu dilaporkan selamat.
KUALA SELANGOR: Seorang kanak-kanak perempuan yang tular selepas hilang ketika bermain di hadapan rumahnya di Jeram di sini, Khamis lalu dilaporkan selamat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
Menurut beliau, polis turut dimaklumkan ibu bapa kanak-kanak itu mengenai kejadian tersebut.
"Tindakan mengesan kemudian dijalankan dan menemukan mangsa kira-kira 90 minit selepas kehilangannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mohd Ambia memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Jelas beliau, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah di musim perayaan ini," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#hilang
#Tular
#Mohd Ambia Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan