awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan parah selepas jatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

Bernama
Bernama
05/04/2015
01:18 MYT
Kanak-kanak perempuan parah selepas jatuh dari tingkat tujuh pangsapuri
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cedera parah di kepala dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri Perumahan Penjawat Awam di Presint 14. -Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cedera parah di kepala dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri Perumahan Penjawat Awam di Presint 14 di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata kejadian berlaku kira-kira 3 petang tadi ketika mangsa dan seorang ibu saudaranya mahu menaiki lif untuk ke tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.
"Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak itu terlebih dahulu memasuki lif tanpa ibu saudaranya dan sebaik pintu lif tertutup, ibu saudara mangsa mengejar mangsa menggunakan tangga. Namun, apabila tiba di tingkat tujuh, kanak-kanak itu sudah terjatuh," katanya ketika dihubungi pemberita, Sabtu. Abdul Razak berkata pihaknya bagaimanapun masih belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu.
Difahamkan, mangsa kini dirawat di Hospital Serdang.
Sementara itu seorang penduduk yang menghuni tingkat tiga pangsapuri sama berkata beliau terdengar bunyi kuat seperti benda jatuh ketika berada di dalam rumah namun, tidak mempedulikan bunyi itu kerana mengganggapnya perkara biasa. "Saya fikir kemungkinan ada orang membuang sesuatu ke bawah sehinggalah kira-kira sejam selepas itu apabila anak saya maklumkan ada kanak-kanak terjatuh dari tingkat tujuh," katanya yang enggan dikenali.
Topic Berkaitan
#Hospital Serdang
#Kanak-kanak
#lif
#pangsapuri
#parah
#terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan