CHUKAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di alur sungai Kampung Batu 9, dekat sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Aman A.Suhimi sedang mandi bersama dua rakannya.
"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman menerima panggilan pada 5.37 petang daripada MERS999 memaklumkan berlaku kejadian lemas di Kampung Batu 9 Ibok.
"Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, bapa mangsa, A.Suhimi Salleh, 58, berkata jenazah anaknya ditemukan pekebun di ladang kelapa sawit, kira-kira 100 meter dari lokasi anaknya mandi sekitar 5.15 petang.
"Saya tidur selepas solat zohor. Kira-kira 3 petang, anak saya balik dari sekolah dan terus pergi main air (di alur sungai Kampung Batu 9) dengan kawan-kawan.
"Pagi itu, dia ada sukan di sekolah dan kemudian pada petang, kawannya datang (ke rumah) memberitahu Aman (Muhammad Aman) lemas," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Kemaman, malam tadi.
A.Suhimi berkata anaknya sering mandi di alur sungai tersebut bersama rakan-rakannya namun semalam paras sungai tersebut meningkat kira-kira dua meter susulan hujan.
Beliau berkata Muhammad Aman yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik juga berkelakuan agak berbeza daripada kebiasaan sejak kebelakangan ini.
"Perangai anak saya memang berbeza sedikit, dia memang mahu saya bersama isteri pergi ke sekolah untuk melihat dia bersukan. Masa pergi ke sekolah itu (Sekolah Kebangsaan Ibok), memang dia suka, di sekolah pun hari ini (semalam), semua cikgu dia salam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 11 2022

Mayat Muhammad Aman dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. - Astro AWANI

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

10 kanak-kanak lemas, bot karam di Pakistan
Bot yang dinaiki 25 kanak-kanak itu dilaporkan terbalik di Empangan Tanda awal pagi Ahad.

Percutian menjadi tragedi, kanak-kanak lemas di kolam air panas
Kegembiraan percutian sebuah keluarga bertukar pilu apabila salah seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun lemas di kolam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Ulu Legong.

Percutian keluarga bertukar tragedi, kanak-kanak lemas dalam kolam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang sedang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di dalam kolam renang sebuah vila hari ini.

Kanak-kanak 8 tahun lemas di taman tema air di Alor Gajah
Kejadian dipercayai berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan dengan kedalaman kira-kira satu meter.

Banjir Kelantan: Kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh tangga
Kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika berada di kawasan tangga rumahnya.

Kanak-kanak perempuan 2 tahun korban pertama banjir Terengganu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal, Besut hari ini.

Mayat kanak-kanak dikhuatiri lemas ditemui
Mangsa berjaya ditemui pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Kanak-kanak lemas, ibu bapa selamat kereta dinaiki jatuh sungai
Ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Pakar oseanografi UMT bantu operasi cari kanak-kanak lemas
Operasi pencarian kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas di alur sungai Kuala Kemaman Jumaat lepas, akan diteruskan dengan bantuan pakar oseanografi UMT.

Kanak-kanak sembilan tahun lemas ketika mandi di sungai
Kejadian berlaku ketika mangsa, Muhammad Aman A.Suhimi sedang mandi bersama dua rakannya.