awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini

Bernama
Bernama
01/01/2026
13:00 MYT
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Mustapha berkata setakat ini, sebanyak 29 perkara telah dibincang melalui MTPMA63 dengan 13 daripadanya berjaya diselesaikan. - Gambar www.parlimen.gov.my
KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM) membangunkan papan pemuka status terkini pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dijangka boleh diakses pada hujung bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah bersetuju mengenai perkara itu sebagai usaha meningkatkan ketelusan dan akses perkembangan pelaksanaan MA63 kepada rakyat terutama berkaitan tuntutan 40 peratus hak Sabah.
"Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal konsisten untuk memastikan hak, kepentingan dan kemajuan Sabah serta Sarawak terus dipelihara dan diperkasakan selaras dengan semangat MA63 demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan Persekutuan Malaysia," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2026 hari ini.
Beliau berkata platform rundingan MA63 telah diperkukuh di bawah Kerajaan MADANI melalui penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa Teknikalnya dipengerusikan Fadillah.
Mustapha berkata setakat ini, sebanyak 29 perkara telah dibincang melalui MTPMA63 dengan 13 daripadanya berjaya diselesaikan iaitu sembilan di bawah Kerajaan MADANI dan empat di bawah kerajaan terdahulu.
"Ini adalah pencapaian terbaik Kerajaan MADANI berbanding Perdana Menteri dan kerajaan terdahulu dalam menguruskan pelaksanaan MA63," katanya.
Antara perkara yang diselesaikan di bawah Kerajaan MADANI ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dan Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak serta Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah sebagai jabatan teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182 selain penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas serta elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Mustapha juga berkata baki 16 perkara MA63 sedang dirunding secara berterusan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui MTPMA63 serta Jawatankuasa Teknikalnya dengan pemantauan rapi BHESS JPM selaku sekretariat bersama semua pihak berkepentingan.
Beliau berkata BHESS JPM juga akan meneruskan usaha untuk mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan agensi berkaitan, pihak industri, akademia serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memantapkan pelaksanaan MA63.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan pembangunan papan pemuka status terkini pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS JPM)? A: Tujuannya adalah untuk meningkatkan ketelusan dan akses perkembangan pelaksanaan MA63 kepada rakyat, terutama berkaitan dengan tuntutan 40 peratus hak Sabah.
  • Q: Berapakah jumlah perkara yang telah dibincangkan melalui Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di bawah Kerajaan MADANI? A: Sebanyak 29 perkara telah dibincangkan melalui MTPMA63, di mana 13 daripadanya telah berjaya diselesaikan, dengan sembilan di bawah Kerajaan MADANI dan empat di bawah kerajaan terdahulu.
  • Q: Apa yang termasuk dalam perkara yang telah diselesaikan di bawah Kerajaan MADANI dalam pelaksanaan MA63? A: Antara perkara yang telah diselesaikan ialah pengiktirafan JKR dan JPS Negeri Sabah dan Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak, serta penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas serta elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.
  • Q: Siapakah yang dipilih sebagai pengerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di bawah Kerajaan MADANI? A: MTPMA63 dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri, manakala Jawatankuasa Teknikalnya dipengerusikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof.
  • Q: Apakah langkah yang akan diambil oleh BHESS JPM bagi memantapkan pelaksanaan MA63? A: BHESS JPM akan meneruskan usaha untuk mengadakan sesi libat urus dengan kementerian, agensi berkaitan, pihak industri, akademia, serta pertubuhan bukan kerajaan bagi memantapkan pelaksanaan MA63.

Topic Berkaitan
#bekalan air
#Perjanjian Malaysia 1963
#BHESS JPM
#sesi libat urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan