awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/02/2025
15:58 MYT
Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia
Mohammad Fahmi Hafiz meninggal dunia kira-kira 11 malam ketika menerima rawatan di PICU Hospital Pulau Pinang. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.
Berita sedih itu dimaklumkan oleh ibu saudaranya Siti Farhani Muhammad Fikri, 33.
Siti Farhani ketika dihubungi berkata Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia kira-kira 11 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.
"Saya dimaklumkan oleh ibu Mohammad Fahmi Hafiz, yang mangsa telah meninggal dunia sebentar tadi dan jenazah akan dikebumikan di kampung neneknya di Permatang Binjai selepas selesai urusan di hospital nanti," katanya.
Semalam, media melaporkan seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Butterworth kritikal dan dirawat di PICU Hospital Pulau Pinang selepas tercekik gula-gula jenis gummy yang dibelinya di luar kawasan sekolah.
Mohammad Fahmi Hafiz dipercayai membeli dua biji gula-gula itu sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#unit rawatan rapi
#meninggal dunia
#sesi persekolahan
#gula-gula gummy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan