awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2026
01:10 MYT
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Kebakaran berlaku di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting awal pagi ini, melibatkan tiga unit rumah Kelas B berkeluasan kira-kira 15 x 70 kaki persegi setiap satu, dengan tahap kemusnahan 90 peratus setiap unit. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding di Banting, awal pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.44 pagi, sebelum jentera pertama tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.
Katanya, kebakaran melibatkan tiga unit rumah jenis Kelas B berkeluasan kira-kira 15 x 70 kaki persegi setiap satu, dengan tahap kemusnahan mencecah 90 peratus bagi setiap unit.
"Maklumat awal yang diterima memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak terperangkap di dalam salah sebuah rumah, menyebabkan operasi pemadaman dan menyelamat dilaksanakan segera oleh anggota bomba.
"Api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi, namun pada jam 4.15 pagi, mangsa ditemui di bilik utama dalam keadaan rentung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang sebagai balai utama, dibantu BBP Banting dan BBP KLIA, dengan kekuatan keseluruhan 17 anggota.
"Sebanyak empat jentera dikerahkan ke lokasi, termasuk satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu unit EMRS dan sebuah Water Tanker.
"Setakat ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, manakala operasi pemadaman diteruskan sehingga kebakaran dipastikan padam sepenuhnya," ujarnya.
Topic Berkaitan
#rumah terbakar
#Banting
#kanak-kanak maut
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan