awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 11 tahun maut, seorang cedera parah kemalangan di Gerik

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
19/06/2018
02:43 MYT
Kanak-kanak 11 tahun maut, seorang cedera parah kemalangan di Gerik
Tiga lagi penumpang termasuk pemandu Honda berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. - Foto Ihsan pembaca Astro AWANI
Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala tiga lagi cedera, seorang daripadanya parah, dalam kemalangan di Kilometer 53.8 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) pada tengahari Isnin.
Dalam kejadian sekitar 12.50 tengahari itu, mangsa, Muhammad Ammar Jamsari, 11 tahun, yang berasal dari Ketereh, Kelantan dilaporkan meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar 2 petang dan segera ke lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian kami mendapati kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik. Kami juga mendapati bahawa kenderaan Honda milik mangsa sedang dalam perjalanan ke Gerik dari arah Jeli dan kenderaan berhadapan dari arah bertentangan.
"Apabila tiba di tempat kejadian, di laluan selekoh, dipercayai kenderaan mangsa telah hilang kawalan dan terbabas, berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.
“Kenderaan jenis Honda itu kemudianya bertembung dengan kenderaan lain dan menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital,” katanya.
Katanya, tiga lagi penumpang termasuk pemandu Honda berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dirujuk untuk rawatan lanjut manakala pemandu kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
Topic Berkaitan
#bertembung
#cedera parah
#hilang kawalan
#Honda
#Hospital Gerik
#Kanak-kanak
#kemalangan
#kenderaan
#lelaki
#maut
#meninggal dunia
#Muhammad Ammar Jamsari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan