awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 12 tahun di Kluang dikompaun kerana miliki rokok

Bernama
Bernama
05/01/2020
09:46 MYT
Kanak-kanak 12 tahun di Kluang dikompaun kerana miliki rokok
Selain kanak-kanak 12 tahun itu, 33 individu lain turut dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan yang sama melalui operasi yang dilakukan sejak 1 Jan lepas. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM50 setelah didapati memiliki sekotak rokok walaupun memberikan alasan ia milik ayahnya.
Pegawai Kesihatan Daerah Kluang Dr Mohd Nizam Subaher berkata individu bawah umur yang didapati memiliki atau menghisap rokok boleh dikenakan kompaun tanpa mengira tempat sama ada di premis makanan atau pun tempat lain.
Katanya tindakan berkenaan dilakukan bagi memastikan setiap individu di bawah umur khususnya pelajar terhindar daripada gejala menghisap rokok sekali gus mengelak mereka daripada terlibat dengan tabiat yang lebih buruk.
"Walau apa pun alasan yang diberikan termasuklah rokok milik ayah atau individu yang tidak di bawah umur, sesiapa pun tidak terlepas sekiranya melanggar Peraturan 13 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ini," katanya selepas operasi penguatkuasaan di tempat makan di sekitar daerah Kluang, di sini pada Ahad.
Jelas Mohd Nizam lagi, selain kanak-kanak 12 tahun itu, 33 individu lain turut dikompaun kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan yang sama melalui operasi yang dilakukan sejak 1 Jan lepas.
Katanya, 47 notis kompaun juga telah dikeluarkan dan 25 daripadanya membabitkan kesalahan merokok di premis-premis makanan yang melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM6,250.
"Kesalahan lain yang diberikan notis adalah menjual rokok di bawah harga minimum serta menjual rokok tanpa lesen. Jumlah kompaun keseluruhan adalah RM11,250.
"Kami juga ingin memaklumkan mereka yang tidak mempamerkan tanda larangan merokok di premis makanan turut membuat kesalahan mengikut Peraturan 12(1) (a) 5," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bawah umur
#denda
#jabatan kesihatan
#kanak-kanak miliki rokok
#kompaun
#larangan merokok
#rokok
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan