TANAH MERAH: Seorang lelaki ditahan selepas polis menerima laporan yang mendakwa dia mencabul kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang juga anak saudaranya.

Suspek dikatakan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak saudaranya sewaktu mangsa sedang tidur di rumahnya di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior, di sini, pada 12 September lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan DSP Mohd Razi Rosli berkata, laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga kanak kanak berkenaan.

"Pada 13 September, satu laporan polis telah terima daripada seorang perempuan mengatakan anak saudara perempuannya berumur 6 tahun mendakwa telah di cabul oleh bapa saudaranya di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuin, Bendang Nyior, Tanah Merah.

"Berdasarkan keterangan mangsa telah memberitahu kejadian berlaku pada  12 September semasa dia sedang tidur di mana suspek telah bertindak memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Mohd Razi berkata, mangsa merupakan anak tunggal dalam keluarga yang sebelum ini telah dijaga oleh neneknya iaitu emak kepada bapa mangsa.

Ibu dan bapa mangsa dikatakan sudah telah bercerai.

Kata Mohd Razi, pada pukul 11.45 malam Rabu, suspek yang berusia 34 tahun telah ditangkap dan kini ditahan reman hingga 20 September ini bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan semakan rekod, suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal air kencing juga negatif,” ujar beliau lagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.