awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
28 kenderaan terlibat nahas di lebuh raya Jerman akibat tayar lori pecah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/11/2024
15:37 MYT
Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal dinaiki bersama ibu bapa dilanggar
Mohd Zamzuri Mohd Isa yang mengesahkan insiden itu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.50 malam Jumaat lalu. - Foto FB @Alxen Chan
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama ibu dan bapanya terbabit nahas dengan sebuah kereta di Lebuhraya Bukit Jalil, Jumaat lalu.
Berdasarkan rakaman klip video berdurasi 28 saat yang tular sejak Sabtu, ketika ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan, sebuah kereta yang datang dari arah belakang menukar lorong secara tiba-tiba sebelum melanggar motosikal yang ditunggani mereka.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa yang mengesahkan insiden itu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.50 malam Jumaat lalu.
"Ketika-tiga mangsa yang cedera itu dihantar orang ramai ke hospital berhampiran.
"Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Tambah Mohd Zamzuri, polis menahan pemandu kereta berusia 31 tahun ketika hadir di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur pada Isnin.
Katanya, polis membuka kertas siasatan dan kes akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk pertuduhan mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#kanak-kanak maut
#nahas motosikal
#polis trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan