ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas dalam kejadian di sebuah taman tema air, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa, Puteri Sofea Hanis Dania Jamaluddin dikatakan hadir beriadah di taman tema berkenaan bersama ibunya serta 78 keluarga lain dari Komuniti Kampung Sungai Tuan Seth, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
“Pihak polis awalnya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 3.15 petang daripada bahagian kecemasan Hospital Alor Gajah, memaklumkan mangsa telah lemas dan tidak sedarkan diri.
“Semasa kejadian lemas itu berlaku, petugas taman tema air berkenaan telah melakukan bantuan menyelamat sebelum membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
“Siasatan awal mendapati, keluasan kolam lebih kurang 445 meter persegi yang mana kolam berkenaan akan berombak selama 10 minit dalam tempoh setiap 20 minit dan kejadian dipercayai berlaku di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan dengan kedalaman kira-kira satu meter,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, ujarnya, kanak-kanak itu bersama ibunya serta komuniti tempat tinggalnya bergerak pada pukul 6.45 pagi sebelum tiba di taman tema berkenaan pada jam 11 pagi dan meneruskan aktiviti riadah.
Mangsa sepatutnya dijadual pulang semula ke rumah pada hari yang sama dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas.
“Pengerusi Jawatan Kuasa Program Ukhwah Santai tersebut menyatakan bahawa program berkenaan hanya diadakan sehari sahaja dan tidak bermalam .
“Siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Dec 21 2022
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas dalam kejadian di sebuah taman tema air, di Alor Gajah, pada Selasa. - Gambar ihsan PDRM
Kerajaan fokus kepada penyasaran subsidi diesel - Amir Hamzah
Kerajaan mahu memberi fokus kepada pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel terlebih dahulu sebelum merasionalisasikan subsidi melibatkan RON95.
Singapura sokong penuh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025 di bawah PM Anwar
Wong menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Anwar dalam menerajui ASEAN.
Pam rosak, lebih 40,000 pemegang akaun air terjejas
Gangguan elektrik itu menyebabkan dua daripada tiga pam di situ terjejas hingga menyebabkan bekalan air terputus.
Dakwaan Sanusi Pulau Pinang pilih kasih agih air ‘mirip hasutan, perkauman’ - Fahmi
Menteri Komunikasi membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud diskriminasi dalam agihan bekalan air kepada penduduk Pulau Pinang.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4-5 peratus pada 2024 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024, disokong oleh eksport yang pulih dan permintaan domestik yang berdaya tahan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
PM Anwar sampai sumbangan kepada kanak-kanak hidap penyakit usus kronik
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak berusia 12 tahun Thevsin Ramesh yang menghidap penyakit usus kronik.
Pelajar cedera ditikam rakan dengan pisau
Mangsa telah ditikam oleh suspek di bahagian dada, belakang badan dan paha sebelah kanan menggunakan dua bilah pisau.
Pelancongan domestik Malaysia melonjak 19 peratus, rekod 58.6 juta pelancong
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan Survei Pelancongan Domestik Malaysia (DTS) 2023 yang merekodkan lonjakan 19 peratus dalam angka pelancongan domestik.
Ekonomi negara lebih berdaya tahan - CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U' berikutan tekanan daripada pihak berkepentingan mahupun kumpulan politik.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa
Perkelahan di pantai menjadi kenangan terakhir buat keluarga seorang kanak-kanak, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim, 10, yang lemas di pantai Teluk Senangin di sini.