awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pembakaran karikatur: PM arah jangan sekat pelajar terlibat terus belajar
POLITIK
PRN Sabah: BN tanding guna logo dacing, terbuka untuk kerjasama parti lain
MALAYSIA
Ibu tunggal enam anak terima sumbangan Perdana Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kanak-kanak autistik hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2023
15:52 MYT
Sponsor Banner
Kanak-kanak autistik hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia
Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.
PETALING JAYA: Kanak-kanak autistik yang hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, tengah hari Selasa ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu.
Mayat mangsa Zayn Rayyan Abdul Matiin, enam tahun, ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.
Mangsa ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Setakat ini pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat ditemui.
Setakat ini pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mangsa.
"Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui," katanya kepada Sinar Harian yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pada Rabu, Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.36 petang, Selasa.
Kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan tersebut dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak autism
#hilang
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
#Damansara Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami