awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak didakwa alami pendarahan serius selepas berkhatan ramai-ramai

Bernama
Bernama
26/01/2025
13:30 MYT
Kanak-kanak didakwa alami pendarahan serius selepas berkhatan ramai-ramai
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai semalam. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, selepas didakwa mengalami pendarahan serius setelah berkhatan beramai-ramai semalam.
Bapa kepada kanak-kanak itu, Ahmad Mudzakkir Ahmad Mukri, 37, berkata anak sulung daripada tiga beradik berusia 11 tahun berkenaan menyertai satu program berkhatan di sebuah masjid dekat sini dengan bayaran RM50.
"Prosedur berkhatan dilakukan oleh doktor dan waris tidak dibenarkan masuk untuk melihat. Setelah selesai, doktor suruh bawa anak pulang dan tak lama selepas itu, bahagian luka pada alat sulit anak mengalami pendarahan," dakwanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Ahmad Mudzakkir kemudian memaklumkan perkara itu kepada doktor terlibat dan diminta supaya membawa anaknya ke sebuah klinik di sini.
"Di klinik itu, doktor buka semula jahitan dan jahit kembali pada bahagian luka itu, tetapi masih berdarah dan doktor berkenaan kemudian meminta saya bawa anak ke sebuah lagi klinik di Jitra.
Ahmad Mudzakkir mendakwa, doktor di klinik itu juga membuka semula jahitan sebelum meminta dia membawa anaknya ke bahagian kecemasan HSB.
Dia berkata anaknya kemudian selamat menjalani pembedahan pada pagi tadi, dan keadaannya bertambah baik tetapi masih dirawat di HSB.
"Saya terkilan sebab anak saya terpaksa menahan sakit kerana jahitan dibuka berulang kali. Masih terngiang-ngiang suara dia meraung ketika jahitan dibuka dan dijahit semula," katanya, yang mendakwa belum dimaklumkan tentang punca pendarahan itu setakat ini.
Ahmad Mudzakkir berkata susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, dan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sebagai peringatan agar tiada lagi kes sama berulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#berkhatan beramai-ramai
#pendarahan serius
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan