awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap televisyen di Teluk Intan

Bernama
Bernama
10/11/2014
16:02 MYT
Kanak-kanak empat tahun maut dihempap televisyen di Teluk Intan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, tengah hari tadi. -Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan, dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan.
"Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya.
Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.
"Televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram," katanya.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada pukul 1.35 petang.
Topic Berkaitan
#hempap
#Hospital Teluk Intan
#Kanak-kanak
#Taman Intan Mas
#televisyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan