awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak hilang ditemukan maut disyaki mangsa bunuh ayah kandung

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/07/2025
15:15 MYT
Kanak-kanak hilang ditemukan maut disyaki mangsa bunuh ayah kandung
Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 4.30 petang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, M Tishant, yang sebelum ini dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada 24 Julai lalu, ditemukan maut dalam keadaan tertanam di kawasan belukar di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan pada Isnin.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penemuan mayat itu oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol kira-kira jam 4.30 petang.
Menurutnya, sebelum itu, polis menahan bapa kandung mangsa yang berusia 36 tahun selepas menerima laporan daripada lelaki itu sendiri yang mendakwa anaknya hilang di sebuah kopitiam.
"Berdasarkan siasatan awal, tiada sebarang kesan kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa.
"Namun, polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mungkin disebabkan jerutan,” katanya.
Bagaimanapun, kata Ahmad Dzaffir punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas hasil laporan bedah siasat diperoleh.
Menurutnya, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun serta dikenakan sebatan.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak itu daripada bapa mangsa pada jam 2.15 pagi, 24 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#ayah kandung
#M Tishant
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan