awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap dalam kereta di Muar

Bernama
Bernama
30/12/2020
21:27 MYT
Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap dalam kereta di Muar
Anggota bomba berjaya mengeluarkan Muhammad Ammar dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik. - BERNAMA/Facebook anakanakmuarofficial
JOHOR BAHRU:Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun terperangkap di dalam sebuah kereta berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Sulaiman, Kampung Parit Baru dekat Muar petang semalam.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jefri Jamal berkata dalam kejadian yang dilaporkan pada kira-kira 4.33 petang itu, Muhammad Ammar Najwan Ahmad Kamal dipercayai sedang tidur di dalam kereta jenis Nissan X-Trail.
"Satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan dua Unit Rapid Intervention Motorcycle Team (RIM) dari Muar dengan kekuatan keseluruhan seramai 14 anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
"Kita dapati kanak-kanak itu terjaga dan terkunci dari dalam. Sebelum itu, emaknya pergi ke kedai berhampiran kerana anaknya tidur, bila sampai ke kereta kembali, anaknya terjaga dan pintu terkunci dipercayai tertekan oleh anaknya," kata beliau ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh lima minit menggunakan peralatan khas dan berada dalam keadaan baik.
Mangsa kemudian diserahkan kepada ibu bapanya dan operasi menyelamat tamat pada 4.49 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kereta
#Kanak-kanak
#mangsa
#operasi
#Muar
#tidur
#tidur dalam kereta
#jentera bomba
#terkunci dari dalam
#Mohd Jefri Jamal
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan