awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik

Bernama
Bernama
07/07/2024
16:23 MYT
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada 8.55 malam tadi selepas dikejarkan ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan.
Beliau berkata pihaknya menerima aduan MERS 999 berhubung kejadian itu pada 6.04 petang dan siasatan awal mendapati mangsa tergelincir ke dalam tasik tersebut sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang awam di kawasan sekitar.
Menurut Ahmad Faizal tiga anggota polis tiba di lokasi kejadian pada 6.08 petang dan mangsa dikeluarkan dari tasik itu dengan bantuan orang awam pada 6.52 petang.
"Pada 7 malam, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu sampai di lokasi dan telah memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa kerana ketika itu masih ada denyutan nadi," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mangsa katanya dibawa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#jatuh dalam tasik
#Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah
#Hulu Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan