awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPN teliti cadangan angkat Baba Nyonya, Chetti sebagai ikon perpaduan negara
California negeri pertama sertai rangkaian WHO susulan penarikan diri AS
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas di rumah kelab: Polis rakam keterangan lima individu

Bernama
Bernama
08/12/2025
23:20 MYT
Kanak-kanak lemas di rumah kelab: Polis rakam keterangan lima individu
Jenazah kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dibawa keluar selepas selesai proses bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, 7 Dis 2025. --fotoBERNAMA
PORT DICKSON: Polis telah mengambil keterangan lima individu berhubung kematian seorang kanak-kanak lima tahun akibat lemas di kolam sebuah rumah kelab di Lenggeng, Nilai pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata mereka ialah ibu, bapa dan kakak mangsa yang berusia 15 tahun, guru serta doktor.
"Siasatan mendapati kanak-kanak itu mandi di kolam tanpa pengawasan dewasa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian.
"Bedah siasat di Hospital Rembau mengesahkan punca kematian disebabkan lemas," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra media bersama-sama polis di sini semalam.
Hadir sama Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad.
Johari berkata polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Beliau menasihatkan ibu bapa sentiasa mengawasi anak ketika berada berhampiran kolam atau kawasan berair bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Pada 12.15 tengah hari Sabtu lepas, mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam itu selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sebuah tadika di dewan rumah kelab tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#rumah kelab
#polis
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan