awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut dilanggar lori selepas dipercayai jatuh basikal

Bernama
Bernama
10/10/2020
10:08 MYT
Kanak-kanak maut dilanggar lori selepas dipercayai jatuh basikal
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal. - Foto Sinar Harian
KLUANG:Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun maut dilanggar sebuah lori selepas dipercayai terjatuh ketika sedang berbasikal di kawasan perumahan Taman Rekamas 2, Simpang Renggam dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada kira-kira 4 petang dan mangsa, Abang Muhammad Haizad Abang Thimbone disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Punca kemalangan dipercayai mangsa (Abang Muhammad Haizad) terjatuh dari basikalnya sebelum dilanggar lori jenis Daihatsu seberat satu tan, sebaik menyedari telah melanggar sesuatu, pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaannya kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terbaring," katanya ketika dihubungi hari ini.
Low berkata ketika polis tiba, Abang Muhammad Haizad masih berada di tengah jalan manakala basikalnya dipercayai sudah dialihkan ke tepi jalan.
Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan manakala pemandu lelaki berumur 52 tahun itu kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut dilanggar lori
#Kanak-kanak
#jatuh basikal
#Taman Rekamas
#Simpang Renggam
#berbasikal
#Polis Daerah Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan