awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak meninggal dunia tercampak dikenal pasti

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/01/2020
10:35 MYT
Kanak-kanak meninggal dunia tercampak dikenal pasti
Mangsa, Nur Adreena Mohd Khairil Faizi, 2, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan HSB akibat kecederaan yang dialami. - Foto Astro AWANI
Identiti bayi perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabit dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, Alor Setar, Kedah telah dikenalpasti.
Mangsa, Nur Adreena Mohd Khairil Faizi, 2, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan HSB akibat kecederaan yang dialami.
Sementara itu, ibu bapanya, Mohd Khairil Faizi Abdul Kadir, 27, dan Norliyana Abdullah Helmi, 27, masih dirawat di Zon Merah di HSB.
Ketika kejadian tiga beranak itu menaiki Perodua Myvi manakala seorang lagi pemandu kereta Perodua Alza, Siti Syarbani Azia Jantan, 32, pula turut dirawat di hospital yang sama.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi tadi, kereta Myvi terbabit dikatakan berlanggar dengan kereta Perodua Alza yang dipandu wanita yang juga anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pendang.
BACA: Kereta bertembung, budak 2 tahun maut tercampak dari pangkuan ibu
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, sewaktu pihaknya tiba di lokasi, bayi itu sudah dihantar ke HSB oleh orang awam.
Berikutan itu, anggotanya berjaya membantu mengeluarkan ibu bapa bayi berkenaan di dalam Perodua Myvi itu.
Bapa bayi terbabit patah kaki kanan dan cedera di kaki manakala ibunya juga mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kepala.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#AADK
#Agensi Anti Dadah Kebangsaan
#Alor Setar
#bomba
#cedera
#Hospital Sultanah Bahiyah
#HSB
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kedah
#kemalangan
#Malaysia
#meninggal dunia
#Myvi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan