awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan berusia setahun jadi mangsa dera teman lelaki ibu

Shafizan Johari
Shafizan Johari
08/06/2023
09:12 MYT
Kanak-kanak perempuan berusia setahun jadi mangsa dera teman lelaki ibu
Polis menerima laporan berkenaan pada jam 5.05 petang Rabu dan menggerakkan operasi memburu suspek. - Gambar/ Media sosial
SENTUL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun mengalami kecederaan selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP Saralathan Duraisamy dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 5.05 petang hari yang sama.
Katanya, bayi itu cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam pada kedua-dua belah matanya.
“Hasil maklumat awal, suspek seorang lelaki warga tempatan yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa telah mendera mangsa dan telah melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan awal polis mendapati punca mangsa dipukul adalah kerana membuat bising dan ibunya dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju menerusi talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#PPR Desa Rejang
#teman lelaki ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan